"Terima kasih buat Pn Farida kerana sudi mencurahkan ilmu dan tip-tip berguna kepada saya dari zero knowldege kepada berjaya menghasilkan sebiji kek dengan design yang cantik dan sempurna dalam kelas Royal Icing.
Saya sangat terharu dengan kejayaan saya pada hari ini. Semuanya dari bantuan dan tunjuk ajar dari Sifu Puan Farida. Terima kasih. The Dessert Table memang best!"
Shasha Khairisha
Customer Service Officer, Malaysia Airlines

"Kelas yang sangat seronok, santai dan banyak ilmu yang sangat berguna bukan sahaja dari segi modul pembelajaran kek, malah dri segi motivasi diri untuk lebih berjaya dalam hidup. Farida Ismail adalah instruktor yang sangat banyak idea dan sangat membantu dengan komunikasi yang fleksibel, teguran yang membina dan berjaya membina hubungan yang sangat baik dengan pelajar.
Semoga TDT dan ahlinya berjaya di dunia akhirat dan dapat memberi banyak kepada orang lain, InsyaAllah."
Puan Faizah Mohd Shato


"Terima kasih atas peluang untuk menimba ilmu. Teruja dan amat gembira setelah mengikuti kelas Royal Icing kelolaan Pn. Faridatul Azna Ismail. Seorang guru yang dedikasi dan amat memahami, banyak membantu saya yang mengalami masalah ketika menguli fondan untuk kek 3 tingkat. Hahaha...berpeluh sifu I yang satu ini...sori Sifu..Love you..seorang Sifu yang tidak lokek ilmu, walau ilmu tidak dalam silibus program, idea bernas dicurahkan walaupun tidak sempat disiapkan."
Jariah Yusof (Kak Jay)
Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


"Terima kasih yang tak terhingga kepada Team TDT dan tenaga pengajar Kak Farida yang sudi mengajar dan menurunkan ilmu kepada kami dengan ikhlas di samping memberi semangat serta aura positif sepanjang 3 hari kelas. Semestinya ilmu yang diturunkan akan digunakan sebaik mungkin dan kami sangat gembira untuk mengambil bahagian dalam kelas-kelas yang lain."
Hirda Halim
Bakers